Free Fire Malaysia: Sem9, AKO-HERO, AKOLADIES, Autoknockout, AKO_Osome, AKO Synergy , Team Geek Fam, NOXSCAPE.RUSUH dan BOROCIALGEGIRL berputih mata

Posted by Nadzreen on Ogos 17, 2021

Satu berita yang sangat mendukacitakan apabila 22 pemain dari lapan pasukan Free Fire Malaysia didapati melakukan 'smurfing' dan mengakibatkan meraka di ban selama setahun.

'Smurfing' bermaksud pemain didapati mengambil bahagian dalam pertandingan mewakili atas nama pemain lain.

Perbuatan itu sangat mengecewakan ribuan peminat yang sangat tidak menjangkakan perkara ini berlaku dalam kalangan pemain profesional.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa mereka kerana perbuatan itu menjatuhkan nama pasukan dan negara. Ada juah yang gembira dengan isu ini.

Satu keputusan telah dikeluarkan oleh Garena dimana lapan pasukan iaitu Pasukan Sem9, AKO-HERO, AKOLADIES, Autoknockout, AKO_Osome, AKO Synergy dikeluarkan dari pertandingan dan semua pemain yang terlibat akan dikenakan ban dari e-sukan selama 1 tahun yang berakhir pada 14 Ogos 2022 manakala
Team Geek Fam, NOXSCAPE.RUSUH dan BOROCIALGEGIRL berakhir 16 Ogos 2022.

Turut didapati seorang caster yang dikenali turut terbabit dalam isu ini dan dikenakan ban selama 1 tahun.

Garena mengharapkan semua pemain pro dalam kancah e-sukan Free Fire MCP berperilaku profesional dan menjadi teladan kepada masyarakat. Garena mengharapkan para peserta komited untuk Tournament Rasmi dan bersifat telus dalam permainan mereka. Garena memandang serius integriti persaingan untuk membina ekosistem esports yang adil dan sihat untuk semua peserta.

Kenyataan dari Sem9 SEM9 - After our internal investigation regarding the... | Facebook

Kenyataan dari AKO AutoKnockout - Mengenai isu yg dimaklumkan oleh Garena... | Facebook

Team Geek Fam juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini Kenyataan rasmi Geek Fam... - Geek Fam Free Fire Malaysia | Facebook

Segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya diharap para pemain dan pasukan yang dikenakan tindakan mengambil ikhtibar dari kejadian dan perkara ini perlu diperhalusi bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. Hak cipta terpelihara
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram