MPL-MY S8: Rahasia, Ebliz Bukan Biasa-Biasa

Posted by Nadzreen on Julai 13, 2021

Benar kata peribahasa 'Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Itulah yang boleh digambarkan kepada dua pasukan iaitu Rahasia, Ebliz apabila berjaya merebut dua slot ke Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kelapan (MPL MY S8).

Ianya ternyata sesuatu yang bukan mudah namun tiada yang mustahil jika adanya usaha dan disiplin yang tinggi sekiranya mahu mengembangkan bakat dalam diri.

SDGR EA EBLIZ , diketuai oleh Wan Muhammad Hafizan Bin Kamis (Captain) IGN: Mevi, Muhammad Asyraf Bin Annuar IGN: Sori, Muhammad Fahmi Farhan Bin Shamsudin IGN: Levii, Muhammad Khuzaimi Bin Ismail IGN: Kuz4 dan Muhammad Nuraidil Fitri Bin Mahadzir IGN: Mayoz manakala pasukan Rahasia pula , Ajwad Mohd Yusof (Kuja), Muhammad Aiman Mohamad Abas (Aim), Muhammad Azam Ahmad (Neo), Muhamad Raziq Muhamad Bukhari (Mali), Adib Rusydi Ahmad Tarmizi (Adib) dan Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman (Delus).

Dua pasukan ini perlu bersaing dengan 1271 pasukan yang lain untuk mendapatkan dua slot khas ke MPL MY S8 dan akan menyertai RSGMY, Suhaz EVOS, Todak, Geek Fam, Red Esports, Homebois, Orange Esports dan Team SMG pada peringkat liga nanti.

MPL MY S8 menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM410,000 (AS$100,000).

Adakah kedua-dua pasukan ini mampu memberi saingan dalam MPL MY S8? Adakah pasukan Rahasia akan 'membongkarkan' rahsia mereka pada liga itu nanti? Mampukah Ebliz membuat 'onar' pada perlawanan yang akan mendatang.

Nantikan perkembangan mengenai MPL MY S8 di website egg.network dan laman sosial media kami.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. Hak cipta terpelihara
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram