ACG21: ManParang buktikan WARGA NET berhak bergelar Juara!!

Posted by Nadzreen on Ogos 9, 2021

Tahniah diucapkan kepada pasukan Warga Net kerena berjaya menjadi juara kepada Asia Creator Game PUBG Mobile Peringkat Nasional yang baru melabuhkan tirai, semalam.

Pasukan Warga Net diketuai ManParang, FattahZie Gaming InSomnus dan KnyG Izzuan berjaya membawa pulang wang kejuaraan sebanyak 12,000 USD

Aksi memukau ditonjolkan para pemain wajar diberi pujian demi merebut empat tempat ke peringkat Serantau (Regional) dan bakal membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak $50,000 USD.

Walaupun kemenangan dengan hanya kelebihan satu mata, namun kemampuan ketua pasukan WARGA NET, ManParang sukar digugut pihak lawan apabila turut dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Creator.

MVP turut membawa pulang wang tuani sebanyak 2,000 USD

Sebagai seorang yang mahir di medan pertempuran, pengetahuan mendalam ManParang tentang peta membenarkannya untuk menjangka posisi musuh dan mendapat beberapa kill penting dalam perlawanan.

Tahniah kepada BUAYA MALAYA, BACKSTREET BOIS, Team Bosskur pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat di Creator Games PUBG Mobile Championship! Mereka telah berjuang dan menunjukkan prestasi yang luar biasa sehingga pertandingan berakhir.

Jangan lupa saksikan perlawanan peringkat Regional minggu ini secara live di facebook eGG dan nantikan perkembangan terbaru mengenai pertandingan ini.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. Hak cipta terpelihara
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram