OUR STREAMERS

MLBB: Laungan 'Merdeka!' Soloz 'GEGARKAN' Mobile Legend

Posted by Nadzreen on August 27, 2021

Merdeka!. Itulah laungan merdeka dari KOL terkenal Mohd Fariz “Soloz” Zakaria yang menjadi suara pada emote Badang apabila berkolaberasi bersama Moonton bagi menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

Ini menandakan Mobile Legends: Bang Bang emote pertama yang menampilkan Bahasa Melayu (BM) dalam permainan, disuarakan oleh Soloz.

Emote Badang dengan laungan MERDEKA! (SOLOZ)

Menurutnya, dia tidak percaya dengan perkara ini pada awalnya selepas pihak Moonton menyatakan hasrat untuk menggunakan suaranya bagi emote Badang simbolik dengan Malaysia.

"Rasa gembira kerana menjadi orang pertama dalam Malaysia untuk melakukan suara pada emote Badang dan melaungkan Merdeka.

"Terima kasih Moontoon kerana memberi peluang kepada saya dan yakin dengan suara saya untuk emote Badang," katanya.

Menurutnya, Badang adalah kerekter pahlawan dahulu dan mempunyai fizikal susuk tubuh yang sasa dan suara yang perlu dihasilkan perlu keras.

"Pada mulanya rasa macam tidak kena suara saya dengan Badang, namun selepas mendapat kata-kata semangat dari Daddyhood dan rakan lain. Saya buat yang terbaik.

Soloz berkata dia mengambil masa 10 ke 15 minit untuk membuat rekod terhadap suara latar itu.

"Laungan Merdeka sekali saja tetapi mengambil masa agak lama kerana perlu pengamatan yang tepat bagi melaungkan dengan penuh semangat," katanya.

Soloz berkata, untuk mendapatkan emote, pemain perlu log masuk ke Mobile Legends: Bang Bang Bang selama lima hari - bermula dari 26 Ogos hingga 1 September.

"Saya tidak sabar untuk menonton penggemar spam atau menggunakan emote semasa perlawanan. Ini adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk menyuarakan emote, dan saya berharap peminat Mobile Legends: Bang Bang Malaysia untuk mendapatkannya".

Ekspresi dinamik menampilkan wira negara Malaysia, Badang, mengibarkan bendera negara yang akan datang dengan pita biru dan merah yang terbang tepat di sekelilingnya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram